[Video YB Kor Ming Bahas & Bongkar Rahsia BN! YB Manjoi Tak Faham?] PH & Bersatu tidak lemah, berpeluang tawan 4 negeri – Penganalisis

Jumaat, 21 April 2017

PH tidak lemah, berpeluang tawan 4 negeri - Penganalisis

PH tidak lemah, berpeluang tawan 4 negeri – Penganalisis

Situasi berpecah belah dan kehilangan pengaruh Pakatan Harapan (PH) ke atas pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 14 sengaja diperbesar-besarkan oleh media arus perdana bagi melemahkan moral rakyat yang ingin berubah, kata penganalisis politik Albert Kwok
Beliau menolak laporan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengandaikan BN bakal menang 166 kerusi parlimen dan akan merampas Selangor serta Kelantan.
Katanya, kajian sokongan pengundi yang dilakukan oleh badan bebas membuktikan pembangkang masih mempunyai pengaruh biar pun Pas muktahir ini seolah-olah mensabotaj sesama rakan dan kelihatan ‘menyokong’ BN.
“Jelas dalam satu tinjauan oleh sebuah badan bukan-kerajaan baru-baru ini mendapati Pakatan Harapan mampu mengekalkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang. Tinjauan sokongan politik itu juga meramalkan pembangkang berpeluang menawan Perak, Johor, Kedah dan Terengganu.
“Oleh itu, situasi untuk PH bukanlah ‘seteruk’ seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media arus perdana sejak kebelakangan ini,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Beliau seterusnya menjelaskan tinjauan oleh badan bukan-kerajaan itu mendapati isu harga barang, terutamanya kenaikan harga minyak dan kos sara hidup adalah isu paling penting untuk rakyat memilih parti pada PRU 14. Selain itu, isu 1MDB pula penting dalam kalangan golongan profesional biar pun tidak begitu diambil berat oleh rakyat berpendapatan rendah.
“Ini bererti kalau PH serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bijak memberi tumpuan kepada isu-isu yang mendekati hati rakyat, maka peluang Pakatan untuk mendapat mandat rakyat adalah cerah.
“Peluang PH memenangi PRU14 memang ada dan bukannya malap seperti yang telah diuar-uarkan. Lagipun kalau PM Najib begitu yakin akan menang besar, adakah Parlimen akan dibubarkan bulan ini?” tanya Albert
Sebelum ini, sebuah akhbar Cina melaporkan, dalam satu pertemuan di kem motivasi yang diadakan oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan pemimpin-pemimpin tertinggi BN, beliau telah mendapat petunjuk bahawa PRU14 boleh diadakan pada bulan Oktober tahun ini.
Perjumpaan 3 hari yang diadakan di Pahang itu dan menghimpunkan ketua BN dari setiap negeri bertujuan untuk menyuntik semangat sempena PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Menurut laporan akhbar tersebut, ketua BN dari setiap negeri memberi laporan tentang senario sentimen pengundi, kekuatan dan kelemahan BN, jumlah kerusi yang mampu dimenangi dan strategi serta perancangan yang patut dibuat sebelum PRU diadakan.
Menurut satu sumber, PM Najib yakin BN boleh memenangi tambahan 33 kerusi selain mengekalkan jumlah 133 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU lalu. Ini bermakna BN akan dapat merampas kembali majoriti 2/3 di Parlimen yang memiliki 222 kerusi.
Sumber tersebut juga mengesahkan pemimpin BN yakin dapat menawan Selangor dan Kelantan serta pasti mengekalkan kuasa di semua negeri yang telah dimenangi sebelumnya. Hanya untuk Pulau Pinang sahaja mereka kurang optimis.

Subscribe to receive free email updates: